Tondekan site

Friday, January 21, 2011

THE FEDERATION OF MARITIME POWERS & SEAPORTS



"...his name is Jayaviravarman.He is an emerald from sky,ascending the throne of The Kings of Mala.His name full of prosperity,from the blessed bloodline of the emperor of the sea,the great court of Srivijaya..."

(notes for Inscription of Prasat Trapan Run,Cambodia)

Sejarah Srivijaya merupakan sejarah universal eksklusif Asia Tenggara.Semua sejarah klasik negara-negara Asia Tenggara pasti akan menyebutkan hubungan mereka dengan Srivijaya.Tanyalah petitih-petitih kuno Khmer dan Thai.Rujuk sejarah Indonesia.Semak sejarah Malaysia.Telusuri sejarah Champa dan Vietnam.Jelajah sejarah Brunei dan Filipina.Anda akan melihat jangkauan tangan sang maharaja Sriwijaya.

Prasasti Kedukan Bukit yang ditulis menggunakan bahasa Melayu Kuno bertarikh 683 Masehi mengungkapkan kejayaan Sriwijaya dalam salah satu operasi ketenteraannya.Ramai orang terkeliru bahawa sekitar empayar ini bermula pada abad ke-7 Masehi (Prasasti Kedukan Bukit ditulis pada abad ke-5 Masehi).Sebenarnya abad ke-7 Masehi adalah masa-masa kegemilangan Sriwijaya.Malahan jika kita lihat catatan I-Tsing,seorang pengembara dan sami Buddha dari China:

"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."

Ini adalah catatan I-Tsing bertarikh 671 Masehi.Ketika itu,Sriwijaya adalah pusat pengajian bahasa Sanskrit dan agama Buddha.Dan lihat tahun Prasasti Kedukan Bukit.Selepas 12 tahun dari tarikh I-Tsing melawat empayar Melayu itu,Sriwijaya melancarkan serangan ke Minanga untuk memperluaskan kuasanya!

Sebagaimana yang diketahui umum,nama Sriwijaya telah tersebar ke pengetahuan dunia setelah penemuan oleh Goerge Coedes,pengarah Institut Kajian Timur Jauh Perancis,yang menyedari bahawa sebutan Sanfotsi,satu kerajaan besar yang selalu berhubung dengan Imperial China adalah kerajaan yang sama dengan Sribhoja,nama yang dikenali oleh pedagang Arab dan India.Salah satu kerumitan untuk mengesan kerajaan ini adalah KEPELBAGAIAN namanya mengikut lidah catatan-catatan orang luar.Malah pedagang Arab juga memanggil Sriwijaya sebagai Zabag,dan Zabag adalah nama kuno bagi Sribhoja.Orang China memanggilnya sebagai Sanfotsi atau San Fo Qi.

Gabried Ferrand mengatakan bahawa kerajaan Sriwijaya telah wujud sejak tahun 392 Masehi.Pandangan tersebut berdasarkan sumber orang Cina yang mendakwa bahawa Negara She-Yeh (Cho-Ye) bererti Jaya atau Wijaya atau Sriwijaya.Kemudian, I-Tsing menyebutkan Sriwijaya sebagai Shih-Li-Fo-Shih.Dalam bahasa Arab, yang berbeza dengan sumber orang Cina,Sriwijaya disebut sebagai Syarbazah (satu lagi nama lain selain Zabag).

Pada riwayat yang lain,orang China juga memanggilnya sebagai 'Kunlun' (The Great Kunlun).Dalam tradisi Khmer,kerajaan ini dikenali sebagai Malayu dan garis keturunan kerajaan ini digelar 'Maulimalaraja' (The Kings of Mala).Dalam riwayat Pali (Pali adalah bahasa perantaraan agama Buddha;bahasa orang kebanyakan,berbanding Sanskrit,bahasa tinggi kaum Elit Hindu),terutama dalam sejarah Sri Lanka,orang Sinhala memanggil kerajaan ini sebagai Jawaka dan rajanya sebagai 'Raja Jawaka' (King of Javaka).Jawaka adalah nama kuno bagi Sriwijaya merupakan nama satu empayar purba orang-orang Melayu yang berpusat di Indochina,juga sebuah empayar maritim (predesessor of Sriwijaya) yang pernah berdagang dengan kerajaan-kerajaan kuno India dan pengaruhnya pernah menjangkau seluruh Sri Lanka.Sebab itu dalam sesetengah riwayat Tamil dan Sri Lanka menyebutkan bahawa Srivijaya pernah memiliki Sri Lanka.




Dalam teks La Galigo (manuskrip panjang Bugis),Sriwijaya dinyatakan sebagai Senriwijaya,dalam teks ini,kononnya Raja Syurga bermesyuarat dahulu dengan Senriwijaya untuk melantik raja Luwu yang pertama.Luwu adalah kerajaan Bugis yang pertama sekali.Ini menunjukkan bahawa kerajaan Luwu punya hubungan dengan Empayar Sriwijaya dan dibawah pengaruh Melayu.

Selain kepelbagaian nama,empayar ini juga digelar berdasarkan nama raja.Riwayat China yang menyebutkan nama 'Kunlun' (Kunlun adalah nama China bagi Empayar Jawaka) sebenarnya menyebutkan nama seorang Raja Melayu bernama 'Ku Long'.Ini dibuktikan dalam catatan Tong-tien:

Tong-tien,sebuah teks yang ditulis pada akhir abad ke-8,mengandungi ayat-ayat berikut,

"Ketika zaman Suei (582-618 M),sang raja (raja Funan) kononnya mempunyai nama keluarga 'Ku-Long'.Di sana ada banyak keluarga yang memiliki 'nama keluarga' yang sama.Seorang tua,ketika disoalsiat,telah mengatakan bahawa K'uen-luen (Melayu) tidak mempunyai nama keluarga.'Ku-Long' adalah kesilapan sebutan untuk K'uen-luen (sebutan China Kuno untuk orang Melayu)"

Terdapat satu rahsia di sini.Raja-raja Melayu dahulukala mempunyai dua nama rasmi.Satu nama yang diambil dari kata Sanskrit,dan satu nama timangan tempatan (nama Melayu).Nama Sanskrit digunakan pada urusan rasmi dan dipahat pada prasasti.Nama Melayu digunakan dikalangan rakyat jelata.Nama raja-raja Melayu zaman Funan dicatatkan oleh pencatat China adakalanya adalah nama Melayu.Contohnya Fan Shi Man adalah 'corruption' bagi 'Panglima'.Fan Shih Man adalah seorang raja agung Funan.Ku Long,seorang raja Funan yang tercatat dalam teks Tong-tien adalah nama biasa bagi orang Melayu,pada hari ini masih ada di negeri Kelantan.Sebab itu untuk menjejak sejarah Melayu yang hilang di Indochina,kita mesti menghayati sejarah Kelantan dan Kedah.Gelaran 'Ku' adalah satu gelaran yang amat purba,tercatat sebagai 'Yang Pu Ku Vijaya Sri' dalam sejarah Champa sekitar tahun 999 Masehi.Jika terdapat gelaran 'Ku' pada raja Funan dan Champa,ini membuktikan orang Melayu pada zaman purba adalah 'ruling class' di Indochina.

Nama-nama pangkal seperti Ku,Nik,Wan,Tuan dan sebagainya mempunyai makna yang tersendiri dalam sejarah bangsa Melayu yang penuh misteri.Salah satu pangkal nama dalam budaya Melayu yang hilang ialah 'Pau'.Dalam Sulalatus Salatin ada dinyatakan gelaran diraja Champa yang memakai pangkal nama 'Pau'.Sebagaimana 'Ku','Pau' juga punya status tersendiri.Dalam Sulalatus Salatin:

"Hatta berapa lamanya Pau Gama pun. matilah. Maka Raja Jakanaklah menggantikan ayahanda baginda; baginda beristerikan seorang puteri, Pau Ji Yan Bi namanya; beranak seorang lelaki, Pau Kubah namanya. Setelah Pau Kubah besar, maka Raja Jakanak pun matilah, maka Pau Kubahlah kerajaan menggantikan ayahanda baginda. Baginda beristerikan anak raja Lakiu, Pau Cin namanya. Maka baginda beranak beberapa orang lelaki dan perempuan. Ada seorang anak baginda perempuan, terlalu baik parasnya; maka dipinang oleh raja Kuci, tiada diberi oleh Pau Kubah, lalu diserang oleh Pau Kuci. Maka berperanglah orang Kuci dengan orang Cempa, terlalu ramai; tiada beralahan."




Para sejarahwan Tamil yang mengesan hubungan dagang antara pedagang India dan satu empayar maritim sejauh 300 tahun sebelum Masehi telah tersilap menyangka bahawa empayar misteri yang berhubung dengan mereka adalah Sriwijaya.Sebenarnya ia adalah empayar Jawaka yang diperintah oleh dinasti Sailendra Kuno.Dinasti Sailendra mempunyai pengetahuan luas dalam teknologi saliran dan pertanian.Nama 'Jawaka' ini kadangkala disebut sebagai 'Savaka' mengikut sesetengah riwayat India-Sri Lanka.Dinasti ini adalah salah satu dinasti Melayu yang terkenal dalam sejarah Indochina.Kemudian,lama kelamaan satu dinasti baru muncul,menguasai Indochina dan mempengaruhi kerajaan-kerajaan Mon dan Chenla di sekelilingnya.Dinasti Melayu ini memiliki kemahiran maritim yang tinggi dan bijak menentukan tempat-tempat strategik untuk menubuhkan pelabuhan.Dinasti ini kemudiannya menguasai Langkasuka,sebuah empayar kecil di Segenting Kra yang terbentuk hasil perpecahan Empayar Jawaka (bahagian utara dikuasai oleh Chenla dan negarakota-negarakota Mon).

Dari sini dinasti ini menubuhkan pusat pemerintahan di Medang Ghana (terletak di Kelantan sekarang) dan bekas wilayah Empayar Jawaka di Jawakoti.Seorang maharaja dinasti ini,Dapunta Hiyang Jayanasa telah berjaya menakluk Sumatera dan bermulalah penguasaan dinasti paling berprestij ini;dinasti Sriwijaya.