Tondekan site

Wednesday, October 6, 2010

WANGIAN YANG HILANG DI TIMUR JAUH

       Sebahagian besar pengkaji telah pun mengetahui tentang rahsia yang terpendam di dalam organisasi di sebalik cita-cita Hitler,Third Reich atau Fuhrer orang-orang Jerman dan Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei,Parti Nazi pimpinan Hitler.Siapakah Hitler?Apakah kaitan Hitler dengan Illuminati dan Zionis?

Jika kita ingin menjejak bangsa yang hilang ini,kita juga perlu tahu siapakah yang juga ingin menjejak bangsa ini,apa tujuan mereka dan mengapa mereka ingin mencari bangsa ini.

                        

         Di sebalik Hitler tegaklah Thule Society,Vril Society dan Kultus The Black Sun.Mereka adalah 'secret societies' (rujuk organisasi Dajjal) yang membiayai dan merangka kerjaya politik Hitler.Siapa sangka,di sebalik sifat diktator dan fahaman Nazisme Hitler yang atheis dan materialis tersembunyi amalan ritual paganisme dan mistik sesat seangkatan dengan Kabbalah.

Hitler diketahui amat meminati mistik dan agama-agama misteri kuno.

Tidak hairanlah lambang Parti Nazi,'swastika' di ambil dari swastika dalam ajaran Vedic Kuno.Hindu dan Buddha memiliki pengertian masing-masing tentang swastika.Nazisme adalah fahaman ciptaan 'The Hidden Hand' digunakan untuk merangka plan jangka panjang:menubuhkan negara Zionis Israel.Holocaust adalah pembohongan semata,dan jika ada Yahudi yang dibunuh,itu adalah Yahudi Ortodoks yang menentang Zionis.Mereka dibunuh bersama-sama bangsa kulit putih Eropah yang dungu dan menjadi patsies di dalam kerja-kerja kotor mereka untuk menubuhkan Israel pada hari ini.MEREKA MENJADI KORBAN KEPADA BINTANG DAUD 'THE DAVID STAR' PALSU.Iblis Laknatullah hauskan darah manusia untuk merestui negara syaitan bagi mempersiapkan takhta 'anaknya' Dajjal Laknatullah AlMasih AlMuntazhor.

                                          

         Siapakah Aryan,Hyperborean dan bangsa yang hilang?

Jean-Claude Frere menulis;

"The sons of the Outer Intelligences split into two groups, one following the ’Right Hand Path’ under the ’Wheel of The Golden Sun’, the other the ’Left Hand Path’ under the ’Wheel of the Black Sun’. The first preserved the centre of Agartha, that undefined place of contemplation, of the Good, and of the Vril force. The second supposedly created a new place of initiation at Shambhala, the city of violence in command of the elements and human masses, hastening the arrival of the ’charnel-house of time'."

Menurut pengarang ’Nazisme et Sociétiés Secretès’ ini,bangsa Hyperborea selepas bermigrasi ke padang pasir Gobi lebih 6000 tahun yang lalu, telah mengasaskan sebuah penempatan baru,yang digelar Agartha.Walaubagaimanapun,satu bencana telah terjadi dan permukaan bumi telah musnah,tetapi puing-puing Agartha masih wujud,di bawah bumi.Legenda menyebut,bangsa ini (kemudiannya digelar sebagai Aryan) telah berpecah kepada dua:

-satu kumpulan bergerak ke barat laut,berharap dapat kembali kepada Hyperborea yang hilang.
-kumpulan kedua bergerak ke selatan,di mana mereka telah menubuhkan penempatan rahsia baru,di kaki gunung Himalaya.

Thule,bermaksud ibukota bagi bangsa yang hilang ini.Vril pula bermaksud kuasa sakti atau satu daya misteri yang digunakan oleh bangsa yang hilang bagi memerintah dan mentadbir negara.Semua mitos ini diajar oleh para okultisme Dajjal kepada Hitler sebagai hamba baru mereka ketika itu,menggalas tugas untuk menubuhkan Nazi-Jerman seterusnya mencetuskan Perang Dunia I dan II,menjadi alasan kepada penubuhan United Nation dan akhirnya penubuhan negara haram Israel.

Tetapi ada satu rahsia tersembunyi yang tidak diketahui ramai.Rahsia yang amat terpendam.Misi terahsia Hitler di Tibet.

Ketika Nazi memerintah Jerman,telah pun diketahui bahawa Hitler telah menghantar berpuluh-puluh ekspedisi rahsia ke Tibet.Ramai pengkaji tidak begitu jelas akan tujuan Hitler .Mereka cuma dapat mengagak Hitler mahu mencari bangsa Hyperborea atau bangsa Super-Aryan yang hilang.Ada juga berpendapat Hitler mahu mengkaji dan mempelajari mistik orang-orang Tibet dan mengaplikasikan ke dalam kultus sesatnya 'The Black Sun' bagi menambahkan aura kuasa ghaib mengikut fahamannya supaya pemerintahannya semakin hebat dan bertahan lama.

Tetapi siapa tahu,apa sebab Hitler mahu mencari bangsa Aryan yang hilang?

Sejak para rahib Illuminati mula mencari-cari ke manakah hilangnya ahli bait (keturunan Rasullullah s.a.w) selepas kejayaan meracun Hassan Al-Askari r.a,keturunan Rasullullah s.a.w yang digelar antara Imam 12 oleh Syiah (ini bukan sokongan terhadap Syiah,yang sesat tetap sesat,dan yang sesat dan mengada-adakan akan duduk dalam neraka),ternyata keturunan Rasullullah s.a.w seolah-olah lenyap tanpa berita,padahal Imam Iblis Tertinggi mereka memberitahu AlMahdi adalah dari keturunan Rasullullah s.a.w dan Hasan Al-Askari r.a bukanlah Mahdi yang dicari-cari.Semua ciri-ciri dan perwatakan AlMahdi telah dihafal oleh para rahib dalam 'inner circle' melebihi sesetengah orang Islam sendiri yang mengaku mencintai ahli bait.Begitu takutnya Dajjal akan orang yang akan membunuh dia kelak.AlMahdi perlu dihapuskan!!

Kesemua keturunan Rasullullah yang berketrampilan dan menjadi pemimpin masyarakat telah meninggal dunia akibat DIBUNUH!90% dari mereka telah DIRACUN!Ini bukan kebetulan tetapi satu konspirasi terancang.Ketika mencari-cari kerajaan Kristian yang disebut di dalam mitos berada di Timur,para pengembara Rosicrusian (satu ajaran sesat Dajal) Sepanyol dan Portugis akhirnya menemui lebih dari sebuah kerajaan Kristian Presto John yang digembar-gemburkan,tetapi sebuah kerajaan Islam yang kaya-raya di Timur Jauh.Bukan negara orang-orang Arab,tetapi satu bangsa yang mereka sendiri tidak pernah mengenalinya.Bagaimana terdapat sebuah kerajaan Islam ditengah-tengah pengaruh Hindu-Buddha di Timur Jauh yang jaraknya beribu kilometer dari negara Arab?

Mereka telah dapat mengagak,kemungkinan ahli bait lari ke Timur Jauh!

Dari situ mereka mula ingin belajar mengenali musuh baru mereka!

Lengkapkan puzzle ini:Keturunan Keturah dari Tanah Kanaan, Himalaya dan Tibet, Malai dan budaya Vedic-India dan Melayu di Nusantara.

Apa yang ingin mereka cari di Tibet?

Di sini mereka ingin mengetahui jejak bangsa ini yang setakat ini dapat dijejaki hingga ke kaki gunung Tibet.Tetapi Hitler tidak mengetahui rancangan sebenar bosnya.Mereka mungkin menemui jejak bangsa Mala di puing-puing kaki gunung Himalaya tetapi tidak diketahui ke mana seterusnya.KUNCI RAHSIA TELAH HILANG.Hyperborean telah tiada.Mereka menemui SHAMBHALA tetapi bukan SHANGRI-LA.Bangsa misteri telah membawa 'Shangri-la' mereka pergi bersama-sama.Yang tinggal hanyalah tapak kaki yeti yang bertaburan di permukaan salju putih.Di India mereka menemui Lucifer dalam bentuk yang lain, 'Om' yang disembah oleh para penganut penyembah berhala.Di sinilah bermula ajaran New Age dan Theosofi.Maka Hitler pun menjadi penganut New Age yang pertama.Betapa Iblis yang dipuja di India adalah sama dengan Iblis para Kabbalis dan Kultus The Black Sun.HITLER TIDAK BERJAYA MENCARI BANGSA YANG HILANG.Tidak lama selepas itu empayar Hitler mula hancur dan Hitler dikatakan membunuh diri (atau dibunuh?).

Bangsa yang hilang itu adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet;bergerak ke arah timur ke satu destinasi yang tidak diketahui.Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini.Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang.Juga Bumi Mala...

     renungkan>>>>>>>


Tuesday, September 7, 2010

Kejatuhan Portugis......Kemenangan Empayar Turki Uthmaniyyah....


                                          kekalahan portugis ditangan empayar turki uthmaniyah




artikel kali ini adalah jawapan saya kepada anda di luar sana mengapa saya menyatakan bahawa berkemungkinan kerajaan Ayuthia adalah Islam adalah jauh panggang dari api. Di bawah adalah hujah-hujah saya berdasarkan catatan fakta-fakta sejarah dan anlisis yang telah saya buat.


jika benar..


Jika benar kerajaan Ayuthia adalah islam maka kerajaan Turki Utmaniah tidak akan membiarkan ianya jatuh ketangan kafir portugis ataupun siam penyembah berhala. Walaupun Hamzah Fansuri pernah belajar ke sana namun beliau bukan belajar atas nama kerajaan siam tetapi beliau belajar dengan orang islam dari Parsi yang mengajarkan ajaran Ibnu Arabi. Sewaktu Hamzah Fansuri ke Ayuthia itu orang Islam Parsi menjadi tunggak utama istana ayuthiya dimana mereka menjadi penasihatn utama, wazir dan menteri-menteri kanan dan sangat dipercayai Raja Narai. Namun mereka turut menyatakan bahawa Raja Narai masih tidak mahu meninggalkan agama asalnya iaitu menyembah berhala. Ini adalah daripada catatan Parsi sendiri.


Jika benar Ayuthia adalah Islam maka sultan Aceh sudah pasti menjalinkan persahabatan erat dengan Ayuthia kerana zaman kegemilangan Ayuthia adalah hampir sama dengan masa zaman kegemilangan Aceh dibawah Sultan Iskandar Muda. Namun tidak ada langsung catatan Aceh yang menyatakan bahawa Ayuthia adalah kerajaan islam padahal kerajaan Ayuthia tidak berjauhan daripada Aceh. Malahan Kerajaan Pattani yang terletak lebih jauh ke timur juga mempunyai hubungan diplomatik dengan aceh. Kerajaan pattani terang-terang menyebut bahawa raja Ayuthia yang menyerangnya adalah raja kerajaan kafir. Mengapa pula mereka hendak bermusuh sehingga mengkafirkan satu sama lain jika benar bahawa kerajaan Ayuthia adalah Islam dan Melayu? Alasan pihak tertentu yang menyatakan peperangan diantara Ayuthia dan Pattani yang berlansung berpuluh-puluh tahun tersebut sebagai perselisihan faham sepertimana bertengkarnya seorang abang dengan adik adalah tidak masuk akal! Adakah orang Kedah dan Pattani begitu takut dengan abangnya Ayuthia sehinggakan mereka sanggup mengkafirkan satu sama lain. Dan adakah adiknya si Pattani dan Kedah ini begitu nakal sehingga perlu diserang, dijarah, perempuannya dirogol, disembelih, diliwat dihadapan ibu bapa, dibelah perut bagi yang mengandung dan diseksa serta dibakar hidup-hidup. Begitulah hakikatnya yang terjadi kepada tawanan perang Siam jika Kedah dan Pattani diserang. Kejam sungguh si abang konon ini! Tambahan lagi semasa Hamzah Fansuri disana beliau tidak pernah menyebutkan bahawa beliau sedang berada di bawah kerajaan islam.


Selain itu kitab2 salasilah dan sejarah sama ada dari Aceh, Pasai mahupun Melaka langsung tidak ada menyebut mengenai kerajaan Islam Ayuthia. Namun semua kerajaan Islam yang tersapat di nusantara ini malahan yang beribu batu lebih jauh daripada aceh termasuk yang bersebelahan dengan Ayuthia sendiri disebut, iaitu KERAJAAN CHAMPA! YA...hubungan champa dengan kerajaan2 Islam lain memang erat terutama dengan Pattani, Kelantan, Pahang dan Johor! Semua ini kerajaan Islam! Namun tidak ada satu pun catatan sejarah daripada kerajaan-kerajaan ini yang menyatakan mengenai keislaman Ayuthia terutama dari champa sedangkan champa adalah jiran paling dekat dengan Ayuthia! Malah Maluku yang nun jauh di timur pun ada hubungan diplomatik dengan Aceh kerana terdapatnya kerajaan Islam disana yang sangat membenci portugis dan bukan melindunginya seperti di Ayuthia.



Aceh tidak akan berdiam diri sekiranya betul Ayuthia adalah MELAYU DAN ISLAM yang melindungi Portugis, Belanda Dan Inggeris. Sudah pasti Aceh dengan sekut Islam yang lain termasuk Turki akan menyerang Ayuthia. Namun mengapa tidak? Ini kerana Ayuthia bukan kerajaan Islam dan Melayu, walaupun ramai rakyatnya terdiri daripada orang Islam. Dalam sejarah Siam hanya bangsa Burma, Khmer dan Melayu sahaja yang pernah menyerang Ayuthia. Malahan bangsa Melayu Pattani pernah berjaya menawan Ayuthia untuk beberapa waktu yang singkat! Sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya Ayuthia bukan Islam tetapi kafir juga.

Jika benar Ayuthia adalah Melayu Islam maka kerajaan Turki Utmaniah pasti akan menghantar hubungan diplomatik islam yang akan membantu dalam hal ehwal pentadbiran dan ketenteraan melawan portugis. Namun pada masa Aceh dan kerajaan Islam lain di nusantara sibuk melawan portugis, kerajaan Ayuthia pula melindungi orang portugis di kotanya. Adakah Daulah Islamiyah Turki akan membiarkan perkara ini berlaku jika benar Ayuthia adalah islam. Tidak! Sudah pasti Ayuthia diserang kerana ia bersekongkol dengan kafir. Buktinya kita lihat apa yang berlaku dengan Johor dan Pahang yang bersekongkol dengan portugis Melaka akibat disuap oleh kafir tersebut untuk melawan Aceh. Aceh akhirnya menerima arahan dari Daulah untuk menyerang Pahang dan Johor bagi memastikan kedua buah negeri itu tidak bersekongkol dengan kafir dan menawan keluarga diraja mereka serta merajakan raja yang lebih Islamis. Ini adalah fakta sejarah yang tidak bisa kita sangkal! Catatan dari sejarah Aceh dan Turki ada menyatakan bahawa tentera Aceh yang menyerang Pahang, Johor dan Portugis di Melaka itu adalah terdiri daripada askar-askar Melayu Islam, Askar Turki khas didatangkan dari Daulah untuk melatih tentera Aceh, Askar Malabari Islam dari India, Askar Gujerati Islam, Askar Habsyi atau negro dari negara-negara Afrika Islam dan Arab.

Bala tentera Aceh ini dibekalkan dengan teknologi ketenteraan tercanggih daripada kerajaan dunia yang mempunyai tentera terkuat di dunia pada masa tersebut yakni Daulah Turki Uthmaniah. Malahan kekuatan dan kehebatan tentera Turki ini disebut dalam hadis Rasulullah S.A.W. Dikatakan bahawa semasa berlakunya pengepungan Melaka , tentera Aceh telah menggunakan meriam gergasi dan senjata ALMANJANIK atau Trebuchet gergasi yang dapat menembak bebola api, bebola racun dan bebola asap! Fakta ini disokong dengan catatan yang ditemui daripada laporan pegawai portugis yang berada di Kota Melaka ketika serangan tersebut.

Ayuthia bukanlah kerajaan Islam wahai saidara-saudaraku, ya! suatu ketika dahulu sebelum kedatangan orang thai lebih kurang 800 tahun dahulu memang wujud kerajaan Melayu kuno disini namun bukan pada zaman 1600 an. Kerajaan tersebut telah sirna dek kemasukan orang thai. Mereka melarikan diri ke selatan, timur dan seidikit di barat. Hanya segelintir Melayu yang tinggal dan berasimilasi dengan Thai. Namun sewaktu Ayuthia berada di puncak kegemilangan ia bukan sebuah kerajaan Melayu Islam tetapi adalah kerajaan Buddha kafir yg terang2 dicatat oleh bukan sahaja pengembara barat (yang mungkin kurang dipercayai penulisannya) tetapi juga pengembara nusantara, Islam, Arab, Parsi dan India. Malahan dalam sulalatus salatin dan Hikayat Raja-Raja Pasai dan banyak lagi hikayat2 Melayu tempatan yang menyatakan kekafiran kerajaan Siam tersebut. Oleh itu bukalah mata, bukalah telinga luas2 dan bukalah minda untuk menerima kenyataan tersebut.

Aceh,Aru,Barus,Banjarmasin,Martadpura,Demak,Mataram,Banten,Johor,Pahang,Perak,Kedah,Pattani,Kelantan,Terengganu,Singgora,Champa, Ternate , Bone,Mempoawah,Sintang,Deli,Palembang,Asahan,Ideragiri,Pagaruyung,bagkahulu,Lampong,Siak,Jambi,Madura,Brunei,Magunidanau,kota bato,sulu,Kutai,Samarenda,kotawaringin,Langkat,Lingga,Natuna,Sambas,Langkat, Serdang dan banyak lagi nama-nama keultanan Melayu silam yang terdapat di nusantara ini. Mengapa pula Ayuthia yang dipilih oleh orientalis barat untuk dipalsukan dan dipesongkan 360 darjah sejarahnya? Sedangkan banyak lagi kerajaan Islam lain ada di nusntara ini yg lebih mudah untuk ditawan dan di pesongkan sejarahnya. Melaka sendiri sudah berada dibawah jajahan portugis namun tidak pula dikatakan Melaka dibuka oleh portugis sebelum orang Melayu wujud disitu lagi~!

Semua ini hanya mainan fakta yang dibuat oleh seorang yang berlagak tahu pasal sejarah padahal tidak pernah menerima pendidikan tinggi dalam bidang sejarah. Segala tulisan mereka hanya retorik semata-mata yang penuh dengan semangat assabiah ke siaman. Pergilah cari ke ceruk dunia manapun samada di Belanda, England,Portugal,Jepun,China,Spain dan mana-mana arkib yang ada mencatatkan mengenai sejarah nusantara,siam dan Asia tenggara maka anda akan mendapati tulisan2 pengembara dan pencatat tersebut menyatakan dengan jelas bahawa raja-raja siam penyembah berhala di dalam pagoda! Adakah logik sekiranya seluruh bangsa penjajah di dunia ini termasuk orang Parsi, Arab dan Melayu nusantara dari kerajaan lain berkomplot dalam satu komplot paling besar dalam alam ini iaitu untuk memastikan agar tidak ada manusia atau haiwan di dunia ini tahu bahawa bangsa siam adalah Islam sebenar sejak nabi Muhammad diturunkan wahyu, bangsa siam adalah jurai keturunan Shih Huang Ti yang hidup 2500 tahun dahulu sebelum datangnya Islam, bangsa siam menamakan seluruh tempat2 didunia ini dan bangsa siam adalah pembentuk monarki terulung di dunia dan memerintah hampir separuh dunia mengalahkan Genghis khan dan Iskandar Zulkarnain. Adakah logik saudara-saudara sekalian??? Pikir-pikirlah sendiri. Saya menasihati suadara-saudara sekalian supaya jangan membutakan mata hanya kerana pihak-pihak tertentu menggunakan nama islam sebagai dasar perjuangan mereka .Ada manusia yg perangainya lebih keji daripada syaitan dengan mempermainkan agama untuk kepentingan golongan mereka. Anda juga perlu sedar bahawa seseorang yang ber ‘ekor’ ustaz itu tidak semestinya benar sebenar-benarnya dalam setiap perkara. Mereka juga adalah manusia biasa yang terikat dengan emosi dan perasaan serta nafsu. Mereka bukan maksum walaupun mereka hafiz al quran dan hafiz hadis malah mufti sekalipun. Ingat akan hadis nabi Muhammad yang mengatakan bahawa ulama sebenar-benar ulama pada akhir zaman ini adalah hampir pupus dan ulama yang banyak adalah ulama pengampu pemerintah dan yang tamak serta sayangkan dunia. Jika kita mengikut golongan ini maka kita akan sesat dan termasuk dalam golongan yg bakal difitnah Dajjal. Sekian wallah hu’alam.


Thursday, August 26, 2010

majlis tahun akhir historian 2010






Sesuatu kenangan yang terindah dan sangat ternilai.....
setiap permulaan pasti akan ada akhirnya.....
begitulah juga pertemuan yang mana pasti akan menjelma detik perpisahan......
segala kenangan terindah tetap mekar dalam ingatan....
09/10/2010 merupakan tarikh keramat yang sangat dinantikan setelah berjuang selama 3 tahun.....
detik suka dan duka yang dikongsi bersama akan terungkai kembali disaat itu.....